Jawatankuasa Pilihanraya (JPR) adalah sebuah badan bebas yang dibentuk bagi mengendalikan Pilihanraya PERMAI bagi setiap sesi.
- Anggota Jawatankuasa Pilihanraya tidak dibenarkan mencalonkan atau dicalonkan serta mengemukakan sokongan terhadap sesuatu pencalonan.
- Anggota Jawatankuasa Pilihanraya hanya berhak mengundi sahaja.
- Anggota Jawatankuasa Pilihanraya tidak dibenarkan berkempen untuk calon sama sekali.
- Anggota Jawatankuasa Pilihanraya berhak meminda tempat dan masa pengundian sekiranya terdapat permasalahan berbangkit berdasarkan kesesuaian keadaan.
- Sebarang peraturan dan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pilihanraya adalah muktamad setelah disahkan oleh Pengarah dan Setiausaha JPR.
No comments:
Post a Comment