Saturday, 21 April 2012

[ PEKELILING ] Bil. 11/2012 : PENGUMUMAN PENAMAAN CALON RASMI PILIHANRAYA

Bil. 11/2012 : Pengumuman Penamaan Calon Rasmi pilihanraya Pekeliling 11

Friday, 20 April 2012

[Semakan Daftar Pengundi] SEMAKAN AHLI YANG LAYAK MENGUNDI

Merujuk kepada Pekeliling Bil. 6/2012 : Proses Pengemaskinian Pangkalan Data Ahli PERMAI (Perenggan nombor 10, 11 dan 12), maka pihak JPR dengan sukacita membuka peluang untuk ahli menyemak Senarai Daftar Pengundi bagi Pilihanraya PERMAI Kali Ke-9 yang akan berlangsung pada 27 April 2012.

Sila tekan pautan dibawah untuk menyemak status daftar pengundi anda :


Untuk makluman juga, nama-nama yang TIDAK tersenarai di dalam Senarai Daftar Pengundi Pilihanraya PERMAI Kali Ke-9 ini adalah :

1. BUKAN Ahli Rasmi atau Ahli Bersekutu PERMAI termasuklah Ahli Kehormat.

Untuk cara penyemakan, anda bolehlah merujuk seperti gambarajah dibawah :


Sekiranya terdapat aduan kesalahan nama, nama tiada didalam senarai atau apa-apa sahaja yang berkaitan, anda boleh merujuk terus Setiausaha JPR atau Timbalan Setiausaha JPR SELEWAT-LEWATNYA 22 April 2012. Maklumat perhubungan adalah seperti dibawah :

1. Setiausaha

- Muhamad Ideris bin Othman
- 0779669783
- Facebook : Muhamad Ideris
- muhamad_id@yahoo.com

2. Timbalan Setiausaha

- Norashikin Mohd Isa
- 0777853145
- Facebook : Dak ADab
- fiddlercrab9@yahoo.com

Sekian, terima kasih.

'Adil, Cekap & telus'

Pengarah,
Jawatankuasa Pilihanraya PERMAI,
Kali Ke-09 Sesi 12/13.

[ PEKELILING ] Bil. 10/2012 : PENGUMUMAN SENARAI NAMA CALON YANG LAYAK BERTANDING

Bil. 10/2012 : Pengumuman Senarai Nama Calon Yang Layak Bertanding
Pekeliling 10

Wednesday, 18 April 2012

Info Proses Hari Penamaan Calon

[ Proses Hari Penamaan Calon ]

Rujuk Peraturan Yang Dilampirkan Bersama Pekeliling Bil 1/2012. Juga Ada Di Sertakan Dibawah.

2.1.2 PENCALONAN INDIVIDU

2.1.2.1 Pencalonan mestilah dijalankan setelah pihak Jawatankuasa Pilihanraya (JPR) mengumumkan senarai nama individu yang layak untuk bertanding dalam Pilihanraya PERMAI.

2.1.2.2 Individu yang layak bertanding hendaklah terdiri daripada mereka yang mendapat sekurang-kurangnya satu pencalonan dalam tempoh Pencalonan Umum yang akan diumumkan oleh pihak JPR.

2.1.2.3 Individu yang hendak bertanding hendaklah berada di dalam negara (Jordan) semasa tempoh pilihanraya atau sekiranya berada di luar negara (Jordan), mestilah dalam tempoh tidak melebihi 20 hari dari tarikh penamaan calon yang bertanding. Beliau juga hendaklah merasakannya dirinya stabil dari segi akademik dan kesihatan.
2.1.2.4 Individu yang hendak bertanding WAJIB menyediakan manifesto untuk pilihanraya.

2.1.2.5 Tiga individu diperlukan dalam proses Pencalonan Individu ini iaitu seorang Calon, seorang Pencadang dan seorang Penyokong.

2.1.2.6 Pencadang adalah individu yang ingin mencadangkan satu nama calon. Pencadang hendaklah terdiri daripada ahli rasmi PERMAI mempunyai baki pengajian sekurang-kurangnya 2 fasal panjang (tidak termasuk fasal soifi) pengajian dari tarikh borang pencalonan dikeluarkan.

2.1.2.7 Penyokong adalah individu yang ingin menyokong cadangan nama calon tersebut. Penyokong hendaklah terdiri daripada ahli rasmi PERMAI mempunyai baki pengajian sekurang-kurangnya 2 fasal panjang (tidak termasuk fasal soifi) pengajian dari tarikh borang pencalonan dikeluarkan.

2.1.2.8 Proses Pencalonan Individu akan dibuat pada Hari Penamaan Calon. Calon yang berhasrat untuk bertanding atau Pencadang boleh mendapatkan Borang Pencalonan Individu daripada JPR pada Hari Penamaan Calon .

2.1.2.9 Borang pencalonan hendaklah diisi dengan lengkap dan dihantar oleh Pencadang bersama dengan Calon tersebut dan Penyokong dilampirkan bersama sebarang dokumen lain yang diperlukan oleh pihak JPR sekiranya ada. Calon yang tiada dalam kawasan dalam tempoh Pencalonan Individu hendaklah menyatakan persetujuan bertulis yang boleh dihantar oleh pencadang.

2.1.2.10 Borang Pencalonan Individu hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada pukul 10.00 malam hari kedua Hari Penamaan Calon, 19 April 2012. Sebarang kelewatan akan menyebabkan borang ditolak serta-merta.

2.1.2.11 Calon yang telah bersetuju untuk bertanding tidak dibenarkan menarik diri kecuali dengan sebab hal-hal mengejut yang tidak dapat dielakkan.

Sekian, Terima kasih.

Tuesday, 17 April 2012

[ PEKELILING ]Bil. 9/2012 : PEMBETULAN SENARAI NAMA CALON UMUM YANG LAYAK KE PENCALONAN INDIVIDU

Bil. 9/2012: Pembetulan Senarai Nama Calon Umum Yang layak Ke Pencalonan Individu

Pekeliling 09

[ PEKELILING ] Bil. 8/2012 : PERUBAHAN TEMPAT BAGI KAUNTER BORANG PENCALONAN INDIVIDU

Bil. 8/2012 : Perubahan Tempat Bagi Kaunter Borang Pencalonan Individu

Pekeliling 08

[PEKELILING] Bil. 7/2012: PENGUMUMAN SENARAI NAMA CALON UMUM YANG LAYAK KE PENCALONAN INDIVIDU

Pekeliling 07