Thursday, 26 April 2012

[PILIHANRAYA] PUSAT MENGUNDI 27 APRIL 2012

Pusat-pusat mengundi akan mula beroperasi pada jam 8:00 pagi sehingga jam 6:00 petang,
diharapkan agar semua ahli yang layak mengundi dapat bersedia untuk keluar mengundi esok.


PUSAT MENGUNDI SYABAB:
  1. PUSKOM
  2. AQSA 1 (Basement, Rumah No. 3)
  3. SAKAN UMARI (Tingkat 3, No. 25)
  4. PUSTEL

PUSAT MENGUNDI AKHAWAT:
  1. CASA INTELEK
  2. SAKAN SAHAWNEH (Surau Binayah Alif)
  3. SAKAN YARMOUK (Binayah 4 Alif, No.11)
  4. PUSTEL
  5. MALAYSIAN HALL (Tingkat 2, No. 6)
SELAMAT MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB ANDA! 
Undi Anda Penentu Masa Depan PERMAI

[PILIHANRAYA] CARA MELIPAT BORANG UNDIAN

Setelah mengisi Borang Undian, semak sekali lagi dan pastikan segala syarat telah dipatuhi.
Kemudian ikut langkah-langkah mudah berikut untuk melipat Borang Undian anda.


Pastikan anda mengikut cara lipatan di atas, mudah je :) 

[PILIHANRAYA] CONTOH UNDI YANG DITERIMA DAN UNDI ROSAK

Undi anda amat berharga

Sama-sama kita elakkan undi rosak!

[PILIHANRAYA] PROSEDUR PENGUNDIAN

ARAHAN PENGUNDIAN
  1. Setiap pengundi dikehendaki membuat undian 3 orang calon siswa Yarmouk dan 3 orang calon siswa JUST.
  2. Daripada 6 nama yang diundi, pengundi dikehendaki memillih satu nama sahaja bagi menduduki kerusi PRESIDEN.
  3. Seterusnya pengundi dikehendaki membuat undian 3 orang calon siswi Yarmouk dan 3 orang calon siswi JUST.
  4. Daripada 6 nama yang diundi, pengundi dekehendaki memilih satu nama sahaja bagii menduduki kerusi KETUA HELWI.
  5. Gunakan simbol [X] SAHAJA di kotak yang telah disediakan.
  6. Pengundi dikehendaki menulis nama penuh PRESIDEN / KETUA HELWI di ruangan kosong yang telah disediakan.
  7. kegagalan pengundi-pengundi mengikuti arahan-arahan di atas akan menyebabkan undi anda rosak dan tidak akan dikira.
PERINGATAN!!!
PASTIKAN ANDA:
  1. MENDAFTAR DI KAUNTER SEMAKAN PENGUNDI DENGAN MENGGUNAKAN APA-APA DOKUMEN PENGENALAN DIRI YANG DIFIKIRKAN MUNASABAH OLEH JPR.
  2. MENGGUNAKAN BORANG UNDIAN ASLI BERCOP RASMI JPR YANG DIPEROLEH DARIPADA URUSETIA JPR.
  3. MENGGUNAKAN PENSEL YANG DISEDIAKAN OLEH JPR.
  4. MEMENAGKAH DI DALAM KOTAK BERSEBELAHAN NAMA CALON.
  5. MENGGUNAKAN SIMBOL [X] SAHAJA.
  6. MEMANGKAH HANYA 3 CALON SISWA JUST DAN 3 CALON SISWA YARMOUK.
  7. MENULIS NAMA PENUH SALAH SEORANG DARIPADA 6 CALON SISWA YANG TELAH DIPANGKAH DI RUANGAN PRESIDEN.
  8. MEMANGKAH HANYA 3 CALON SISWI JUST DAN 3 CALON SISWI YARMOUK.
  9. MENULIS NAMA PENUH SALAH SEORANG DARIPADA 6 CALON SISWI YANG TELAH DIPANGKAH DI RUANGAN KETUA HELWI.
  10. MENULIS DENGAN TULISAN YANG BOLEH DIFAHAMI ATAU DIBACA.
  11. MELIPAT BORANG UNDIAN SEPERTI YANG DIARAHKAN JPR.
  12. MEMASUKKAN BORANG UNDIAN YANG LENGKAP DIISI KE DALAM PETI UNDI YANG DISEDIAKAN.
Cop JPR PERMAI sesi 12/13

JANGAN SESEKALI:
  1. MEMANGKAH LEBIH ATAU KURANG DARIPADA JUMLAH CALON YANG DIBENARKAN JPR.
  2. MENULIS NAMA CALON SELAIN DARIPADA CALON YANG TELAH DIPANGKAH UNTUK KERUSI PRESIDEN (CALON SISWA) ATAU KETUA HELWI (CALON SISWI).
  3. MENGGUNAKAN TANDA SELAIN SIMBOL [X] DI DALAM PETAK UNDIAN.

[SEMAKAN PUSAT MENGUNDI] SEMAKAN NAMA & PUSAT MENGUNDI PILIHANRAYA PERMAI 12/13

Diminta semua ahli PERMAI yang layak mengundi untuk menyemak nama dan tempat mengundi masing-masing

Jika terdapat sebarang permohonan pertukaran tempat mengundi, sila hubungi Unit Persiapan JPR PERMAI 12/13:



Syabab    : Mohd Alif b. Mohamad-0776991193
Akhawat  : Nur Waheedah Sabaruddin-0775542861



Sila semak nama dan pusat mengundi anda di sini:

Bersedia untuk mengundi!!!

Tuesday, 24 April 2012

[PEKELILING] Bil. 12/2012: PERATURAN & SYARAT-SYARAT PENGUNDIAN DAN PENGIRAAN KEPUTUSAN PENGUNDIAN

Pekeliling 12: Peraturan & Syarat-Syarat Pengundian Dan Pengiraan Keputusan Pengundian 

Sunday, 22 April 2012

[INFO JPR] KEMPEN PILIHANRAYA PERMAI KE-9 2012/2013

Pihak JPR mengalu-alukan semua calon mahupun penyokong untuk berkempen.
Tempoh berkempen bermula pada 12:00am Ahad, 22 April 2012 sehingga 11:59pm Khamis, 26 April 2012.

Pastikan anda mematuhi peraturan kempen yang telah ditetapkan. Selamat berkempen :)