Thursday, 26 April 2012

[PILIHANRAYA] PROSEDUR PENGUNDIAN

ARAHAN PENGUNDIAN
  1. Setiap pengundi dikehendaki membuat undian 3 orang calon siswa Yarmouk dan 3 orang calon siswa JUST.
  2. Daripada 6 nama yang diundi, pengundi dikehendaki memillih satu nama sahaja bagi menduduki kerusi PRESIDEN.
  3. Seterusnya pengundi dikehendaki membuat undian 3 orang calon siswi Yarmouk dan 3 orang calon siswi JUST.
  4. Daripada 6 nama yang diundi, pengundi dekehendaki memilih satu nama sahaja bagii menduduki kerusi KETUA HELWI.
  5. Gunakan simbol [X] SAHAJA di kotak yang telah disediakan.
  6. Pengundi dikehendaki menulis nama penuh PRESIDEN / KETUA HELWI di ruangan kosong yang telah disediakan.
  7. kegagalan pengundi-pengundi mengikuti arahan-arahan di atas akan menyebabkan undi anda rosak dan tidak akan dikira.
PERINGATAN!!!
PASTIKAN ANDA:
  1. MENDAFTAR DI KAUNTER SEMAKAN PENGUNDI DENGAN MENGGUNAKAN APA-APA DOKUMEN PENGENALAN DIRI YANG DIFIKIRKAN MUNASABAH OLEH JPR.
  2. MENGGUNAKAN BORANG UNDIAN ASLI BERCOP RASMI JPR YANG DIPEROLEH DARIPADA URUSETIA JPR.
  3. MENGGUNAKAN PENSEL YANG DISEDIAKAN OLEH JPR.
  4. MEMENAGKAH DI DALAM KOTAK BERSEBELAHAN NAMA CALON.
  5. MENGGUNAKAN SIMBOL [X] SAHAJA.
  6. MEMANGKAH HANYA 3 CALON SISWA JUST DAN 3 CALON SISWA YARMOUK.
  7. MENULIS NAMA PENUH SALAH SEORANG DARIPADA 6 CALON SISWA YANG TELAH DIPANGKAH DI RUANGAN PRESIDEN.
  8. MEMANGKAH HANYA 3 CALON SISWI JUST DAN 3 CALON SISWI YARMOUK.
  9. MENULIS NAMA PENUH SALAH SEORANG DARIPADA 6 CALON SISWI YANG TELAH DIPANGKAH DI RUANGAN KETUA HELWI.
  10. MENULIS DENGAN TULISAN YANG BOLEH DIFAHAMI ATAU DIBACA.
  11. MELIPAT BORANG UNDIAN SEPERTI YANG DIARAHKAN JPR.
  12. MEMASUKKAN BORANG UNDIAN YANG LENGKAP DIISI KE DALAM PETI UNDI YANG DISEDIAKAN.
Cop JPR PERMAI sesi 12/13

JANGAN SESEKALI:
  1. MEMANGKAH LEBIH ATAU KURANG DARIPADA JUMLAH CALON YANG DIBENARKAN JPR.
  2. MENULIS NAMA CALON SELAIN DARIPADA CALON YANG TELAH DIPANGKAH UNTUK KERUSI PRESIDEN (CALON SISWA) ATAU KETUA HELWI (CALON SISWI).
  3. MENGGUNAKAN TANDA SELAIN SIMBOL [X] DI DALAM PETAK UNDIAN.

No comments:

Post a Comment