Jawatankuasa Pilihanraya (JPR) adalah sebuah badan bebas yang dibentuk bagi mengendalikan Pilihanraya PERMAI bagi setiap sesi. Anggota Jawatankuasa Pilihanraya tidak dibenarkan mencalonkan atau dicalonkan serta mengemukakan sokongan terhadap sesuatu pencalonan. Anggota Jawatankuasa Pilihanraya hanya berhak mengundi sahaja. Anggota Jawatankuasa Pilihanraya tidak dibenarkan berkempen untuk calon sama sekali. Anggota Jawatankuasa Pilihanraya berhak meminda tempat dan masa pengundian sekiranya terdapat permasalahan berbangkit berdasarkan kesesuaian keadaan. Sebarang peraturan dan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pilihanraya adalah muktamad setelah disahkan oleh Pengarah dan Setiausaha JPR.