Saturday, 31 March 2012

Ciri Pemimpin Mahasiswa Hebat


Ramai mahasiswa boleh menjadi pemimpin tetapi tidak semua mahasiswa boleh menjadi pemimpin yang hebat. Untuk menjadi pemimpin perlu ada minat dan ketokohan yang semula jadi di dalam diri. Pemimpin yang baik tidak muncul secara tiba - tiba tetapi ia bermula daripada ketokohan untuk menjadi pemimpin dan dipilih oleh orang ramai untuk memimpin. Sebenarnya, terdapat beberapa tips tentang ciri - ciri pemimpin yang baik.

1. Ada Visi

Mahasiswa perlu ada visi. Anda tahu ke mana arah anda. Anda dapat melihat dari anda 5 hingga 10 tahun yang akan datang. Anda boleh meramalkan perkara yang akan anda lakukan dan anda berjaya melakukannya apabila masanya tiba. Anda juga dapat merancang hala tuju yang munasaah yang tidak dilihat oleh orang lain. Anda juga dapat meyakinkan orang lain tentang visi anda. Anda dapat menjangka apa yang akan berlaku bukannya menerangkan apa yang telah berlaku.

2. Berilmu

Mahasiswa yang berilmu pengetahuan adalah lebih kehadapan daripada mereka yang kurang mempunyai ilmu pengetahuan. Pelajar yang rajin membaca dan berilmu merupakan pelajar yang bijak di dalam berbincang, berbahas dan bersoal jawab. Mereka lebih berpengatahuan maka mereka tahu perkara yang mereka buat, mereka tahu bagaimana untuk menangani masalah dan mereka tahu menggunakan pelbagai strategi untuk melakukan sesuatu.

3. Ada Kesungguhan

Mahasiswa mempunyai fokus yang mendalam. Minatnya yang mendalam terhadap sesuatu membuatkan dia mudah untuk mencapai matlamat. Mereka memberi tumpuan yang sangat mendalam terhadap apa yang mereka ceburi. Mereka tidak lalai dan leka terhadap sesuatu yang mereka minati. Dia bukan hanya meminati tetapi melakukannya bersungguh - sungguh. Dia melakukannya dengan sepenuh hatinya sehingga selesai. Kesungguhannya untuk melakukan sesuatu sehingga berjaya akan membuatkan dia merasa puas.

4. Ada Karisma

Personalitinya sangat dikagumi. Melihat kepada wajah, cara gaya dia berhujah, luahan kata- kata membuatkan pelajar lain terpesona. Pelajar ini mudah membina hubungan dengan orang lain dan mudah untuk mempengaruhi mereka. Dia mempunyai faktor - x yang tidak dapat dijelasan dengan kata - kata. Faktor - x iniliah yang membuatkan pelajar lain memberi sokongan terhadapnya.

5. Dapat Berkomunikasi Secara Berkesan
'
Mahasiwa  ini boleh berbahas, berhujah dan berpidato. Kata - katanya memukau dan mudah mematahkan hujah - hujah orang lain. Kata - katanya masuk akal dan sukar untuk menidakkan katanya. Dia dapat mempengaruhi orang lain dengan mudah. Kata - katanya yang penuh semangat, berhikmah dan ligik membuat pelajar lain yakin dan mudah menjadi pengikutnya.

6. Ada Istiqamah

Mahasiwa  ini mempunyai impian, cita - cita dan matlamat untuk dicapai. Mereka sanggup melalui onak dan duri. Mereka tahan uji dan tidak pernah berputus asa. Matlamatnyaialah untuk mencapai hasrat yang diingini. Mereka tidak mudah kalah. Mereka etap istiqamah dalam apa keadaan sekalipun. Mereka berdisiplin terhadap diri dan peraturan.

7. Keberanian

Pemimpin yang tulin ialah pemimpin yang telah melalui pelbagai pancaroba. Dia berani ditinggalkan oleh kawan - kawan, dia berani dicemuh dan dihina, dia berani menerima risiko malah berani untuk tidak popular. Keberanian itu membuatkan dia kebal terhadap segala rintangan dan halangan. Menjadikan hatinyya besi dan jiwanya jati.


Di salin dan diolah untuk kesesuaian JPR dari
http://ubksyarodz.blogspot.com/2012/02/ciri-pemimpin-yang-hebat.html

Friday, 30 March 2012

Siapa Itu Pemimpin?


Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di dalam suatu pertubuhan. Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan adalah kewujudan pemimpin yang berada dalam organisasi yang mempunyai struktur yang tersendiri dengan mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan. Pencapaian yang cemerlang di dalam sesuatu organisasi memerlukan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti yang di rancang oleh pemimpin bagi mendorong pengikutnya meningkat tekat dan keazaman ke arah kecemerlangan organisasi tersebut. Oleh itu, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi bergantung besar kepada kepintaran seseorang pemimpin. Sebagai contoh, seseorang yang membawa beg plastik semasa berkunjung ke pasar terpaksa membimbit dengan bijak agar tidak ada satu barang pun yang dibeli tercicir, beg plastik seperti suatu organisasi ataupun pekerja-pekerja di bawah pangawasan seorang pemimpin.

Kemahiran memimpin merupakan sesuatu yang boleh di pertingkatkan dari masa ke masa.Kemahiran bekerjasama amat di tekankan di dalam sesebuah organisasi bagi mencapai kecemerlangan.Sebagai seorang pemimpin, mungkin mereka mampu memberi arahan kepada orang lain tetapi adakah pengarahan ini di patuhi oleh orang yang menerima arahan.Di dalam masyarakan negara ini terutama masyarakat melayu, konsep malu alah boleh di gunakan untuk mendapatkan kerjasama daripada pekerjanya.Apabila di berikan perhatian yang sewajarnya kepada mereka , mereka akan berasa silu untuk tidak patuh kepada arahan begitu juga dengan pemimpin,mereka akan berasa berat untuk tidak memberi kerjasama apabila telah di perlakukan baik kepadanya.Oleh yang demikian, seseorang pemimpin perlulah mewujudkan sikap bekerjasama dengan pekerja di dalam suatu organisasi bagi mencapai kecemerlangan.

Selain itu, kemahiran melihat masa hadapan juga perlu kepada seseorang pemimpin dalam memainkan peranan utama bagi mencapai kejayaan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan.Pemimpin biasanya akan lebih selesa dengan suasana yang sedia ada tetapi sesuatu yang baru tidak akan wujud sekiranya seseorang pemimpin itu gagal melihat masa hadapan.Kemahiran inilah yang membezakan antara pemimpin yang berjaya atau tidak.Dengan melihat masa hadapan,pemimpin dapat meletakkan harapan yang mungkin hanya akan berlaku selepas beliau tiada lagi tetapi laluan ke arah itu dilakukan semasa beliau memimpin organisasi tersebut.Keadaan ini dapat disaksikan bagaimana Allahyarham Mat Saman telah membina tali air di Kedah.Pendek kata,pemimpin perlu mempunyai keupayaan mendahului zamannya,caranya ialah dengan mempertajamkan kemahiran melihat masa hadapan.

Dalam menjayakan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan, seseorang pemimpin itu juga mestilah berpengetahuan. Daripada pengetahuanlah himpunan ilmu akan terikat untuk dipindahkan kepada pekerja-pekerja.Sebagai contoh,seseorang perlulah mengetahui tentang teknologi kerana ia merupakan sesuatu yang penting.Ramai yang beranggapan apabila kita membicarakan tentang teknologi,kita akan merujuk kepada teknologi semata-mata tetapi seseorang pemimpin perlu mempunyai pengetahuan tentang teknologi dalam erti kata beliau memiliki teknologi yang boleh membantu didalam mempercepatkan kerja dan memberi keberkesanan terhadap kerja didalam organisasinya.Dari sinilah beliau akan di tanggapi sebagai pemimpin yang berkebolehan dalam melakukan kerja-kerja yang biasanya memakan masa yang lama berbanding dengan pengurus-pengurus yang lain.Oleh yang demikian,apabila seseorang pemimpin mempunyai pengetahuan , beliau boleh menghayati sesuatu kerja dengan penuh penjelasan tentang perilaku melakukannya bukan semata-mata mampu melakukan kerja-kerja konpleks untuk pekerja-pekerja melakukannya.

Selain itu,untuk merealisasikan kecemerlangan di dalam sesuatu organisasi,seseorang pemimpin itu perlu memberi dorongan kepada pekerjanya. Dalam konteks ini,dorongan merupakan usaha untuk memupuk pekerja melakukan kerja dengan cara terbaik.Gelagat yang ada pada pekerja boleh di kesan dan di kenalpasti oleh pemimpin dan dari situlah dorongan perlu di serap ke dalam sanubari mereka.Sebagai contoh,beberapa model yang di kemukakan oleh Abraham H Maslow iaitu seorang sarjana barat boleh di sesuaikan dengan kerangka penerapan dorongan kepada pekerja mengikut keadaan,masa dan suasana. Tingkat kehendak Maslow meletakkan manusia sebagai makluk yang mempunyai peringkat tertentu dan ia di mulakan dari peringkat fisiologi, jaminan, gangguan, penghormatan dan peringkat tertinggi adalah pencapaian hasrat hati.Oleh demikian,model tingkat kehendak Maslow boleh digunakan dengan baik untuk tujuan memberi dorongan kepada pekerja.Dari struktur kehendak ini biasanya pekerja akan cuba memenuhi kehendak terbawah dahulu dan naik setingkat demi setingkat bagi merealisasikan kecemerlangan organisasi tersebut.

Pada kesimpulannya,untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi seorang pemimpin perlu mempunyai nilai dan etika di mana ia perlu merumus,memperjelas dan menghayati budaya kerja di dalam organisasi.Pemimpin itu juga mesti peka bagi menjadi teladan kepada ahlinya dan memperkukuhkan amalan dan budaya kerja cemerlang.Justeru itu, panduan nilai dan etika perlu di rangka bagi pemimpin tersebut supaya dapat membawa organisasinya ke arah mencapai matlamat kecemerlangan yang di inginkan.Sesungguhnya,pemimpin memainkan peranan utama dalam pengurusan organisasi untuk mencapai matlamat dalam erti kata sebenarnya.Kepimpinan merupakan unsur dalaman dan kerohanian merupakan faktor utama yang menyenpurnakan faktor-faktor lain ke arah mencapai matlamat kecemerlangan organisasi.Terdapat juga kajian yang pernah dilakukan mengenai aspek-aspek kepimpinan dan pretasi organisasi[1].Akhir kata,kejayaan kecemerlangan organisasi bergantung kepada pemimpin yang menyelia dan memberi perkhidmatan yang berkualiti dan menerapkan nilai-nilai murni di dalam organisasi.

Sumber : Wikipedia

Ciri-Ciri Pemimpin Yang Diredai


PEMIMPIN satu amanah dan bukannya tempat mencari kemuliaan sebab amanah ini akan ditanya di akhirat nanti. Realitinya hari ini pemimpin dipuji, diberi sambutan dan tepuk sorak. Siapalah tidak ghairah pasang angan-angan menjadi pemimpin, hingga ada yang berkata: “Asyik dia orang saja dapat, bila lagi giliran aku pula.”

Islam sejak beratus tahun lampau mencipta rekod kepemimpinan di pelbagai benua dan kota, terus melakarkan beberapa pra syarat agar pemimpin betul-betul ‘menjadi’ dan orang yang dipimpin menerima nikmat kepemimpinan, bukan hanya terpimpin selamat di dunia malah juga di akhirat nanti.

Syarat pertama pemimpin ialah iman. Dalam surah al-Kahfi Allah menyatakan iman itu ada tiga implikasi, iaitu ‘imun’, ‘aman’ dan ‘amin.’

Imun maknanya kebal daripada maksiat dan kebal daripada rasuah. Aman maknanya dia berasa aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia baik, di belakang orang pun dia tetap baik, bukannya hipokrit. Manakala ‘amin’ pula maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah dipercayai barulah layak menerima amanah .

Syarat kedua ialah ilmu kepemimpinan. Kepemimpinan bukannya secara spontan atau pakai tangkap muat sahaja, sebaliknya mesti ada ilmu.

Makna kepemimpinan ialah cara menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi pengikut mencapai matlamat yang digarap. Jika tidak ada ilmu, sepak terajang dan kerenah kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin.

Syarat ketiga ialah ’selfleadership.’ Bagaimana kita boleh memimpin orang lain kalau diri kita tidak terpimpin?

Perkataan ‘leader’ merujuk kepada tanggungjawab (al-mas’uliyah). Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Setiap kamu dalam pemimpin dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawab berdasarkan apa yang kamu pimpin.”

Syarat ini menggambarkan orang yang memimpin itu mampu bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Maknanya, pemimpin tidak cepat melemparkan tanggungjawabnya kepada orang lain, tidak cepat terpengaruh dengan khabar yang tidak pasti.

Jika dia melakukan kesilapan, diri sendiri menanggung risiko, bukan mengkambing hitamkan orang lain demi keselamatan diri.

Syarat keempat ialah pemimpin memerlukan ‘The Power Of Communication.’ Ketika berinteraksi dengan pengikut akan menghadapi pelbagai kerenah, keinginan dan tuntutan yang semestinya mampu menenangkan mereka walaupun hajat tidak tertunai, bukannya putar belit.

Cara berkomunikasi ada empat:
  1. Cakap mudah difahami, bahasa terang, arahan jelas tidak berbelit-belit.
  2. Kesamaan. Setiap orang mudah didampingi, tidak ada tembok pemisah atau terlalu protokol. Pasangan berkahwin sebab banyak kesamaan antara mereka. Mereka nescaya bercerai jika ada banyak perbezaannya.
  3. Ikhlas. Walaupun ikhlas terletak di hati dan tidak nampak dengan mata namun ia dapat dirasai. Jika tidak ikhlas seakan ada satu gelombang yang mengganggu perasaan orang yang dipimpin. Kata-kata tidak tajam tidak masuk di hati.
  4. The power of service. Cakap hanya perlu pada tempatnya tetapi bertindak semestinya lebih banyak. Allah memberikan kita dua telinga supaya kita banyak mendengar, Allah memberikan kita dua mata supaya kita banyak melihat dan mengamatinya, kemudian bertindak berasaskan pendengaran dan pemerhatian.

Rasanya elok juga disinggung sedikit perkara yang menambah komitmen moral seorang pemimpin berasaskan tafsir lima ayat surah al-Muddassir.

  1. Bangun dan beri peringatan. Pemimpin mempunyai kepedulian sosial yang tinggi. Sekiranya di sekelilingnya terdapat perkara menyalahi kebenaran, dengan kuasanya dia akan meluruskannya.
  2. Mesti membasarkan Allah. Pemimpin perlu sentiasa ke depan tetapi jangan mendahului Allah.
  3. Bersihkan pakaiannya. Pakaian luar dan dalam iaitu hati biar turut bersih.
  4. Tinggalkan dosa.
  5. Janganlah memberi sesuatu kerana ingin mendapat lebih banyak malah kalau boleh jangan ingat bahawa kita pernah memberi kepada seseorang.

rujukan: http://smzblog.wordpress.com/perundangan-islam/

The Prophet & Leadership

The Prophet has shown us the way~

Although the prophet had never advocated any form of celebration for his birthday, many took the initiative to mark the occasion as a symbol of admiration and remembrance of the prophet who once led one of the world's fastest-growing religions despite (perhaps, because of) being the target of ridicule and absurdity by some quarters.

In North America alone, more than 20,000 people choose to embrace the Islamic faith every year. Reportedly, Islam is the second largest religion in the US and other European countries.

From these two reasons alone, there are many important lessons that can be drawn. This is especially so in anticipation of the negotiated leadership change that is about to take place in the near future.

If one fears that the very fabric of our society is being shredded by helplessness, corruption, unethical and scandalous practices, then a deeper appreciation of Muhammad's leadership is imperative for those who wish to make a difference.

For starters, Karen Armstrong, in her immaculately researched new book, Muhammad: A Prophet for Our Time (2006), highlighted how his life was in fact one tireless campaign against greed, injustice and arrogance. Without doubt, this is the most challenging task faced by all worthy leaders at all levels today.

Conversely, as we see events unfolding in front of our eyes at this moment, we begin to sense what failures in leadership mean.

Yet some are oblivious, or still in a state of denial, or trapped in a game of endless bickering bursting with arrogance -- all to show how dire the situation has become.

It is, therefore, not difficult to see why so few could command any influence or respect without some form of "promises" in cash or kind, even under the cloak called "democracy". They are out of character from the ways of Muhammad by a long shot.

On the contrary, those who knew him were touched by his gentleness, humility and sense of justice even when dealing with "enemies".

While some want to paint him as an intolerant war-monger and attribute his successes to the use of the sword, the fact remains that he spent most of his time engaging others to spread the message of peace. His involvement in wars was a mere fraction of what he did, only when he was forced to.

So Michael Hart ranked Muhammad top-most in his The 100: A Ranking of the Most Influential People in History (1992) not just because of his religious leadership, but because he was an active diplomat, philosopher, orator, legislator, merchant, reformer and military leader. Simply put, there is more to leadership than being a commander-in-chief as we see in recent times.

In today's terms perhaps, it is not so much the "hardpower" that makes a leader. Rather, it is the "softpower" -- to be judged not by the tangibles (the control of people, money, machines, land, etc). It is by the intangibles such as honesty, respect, humility and compassion which make up a human being, beyond just human capital.

In tandem with this, it is appropriate to recognise that Muhammad left very little, if at all, by way of material wealth as a mark of leadership.

Instead, he endowed a legacy of wide-ranging character-building values which remain relevant until today. It is not that the former is less important, but that it should emerge based on strong foundation of the latter.

Only in this way can we ensure a lasting, just and quality living arising from a just and quality leadership, as amply demonstrated by Muhammad.

It is not surprising, therefore, that he is fondly known as "Al-Amin" meaning "trustworthy" and was often sought out as an impartial arbitrator due to the trust that shines from his uprightness in character.

In the words of British philosopher Bernard Shaw, Muhammad is "the Saviour of Humanity". And this is the kind of leader we desperately need today. He does not have to be a prophet or a philosopher.

Suffice if he's a trustworthy and sincere human being who cares for humanity. This cannot be so difficult.

Taken from:

DZULKIFLI ABDUL RAZAK,vice-chancellor of Universiti Sains Malaysia.

[INFO JPR] PENGENALAN JPR PERMAI 2012/2013




Jawatankuasa Pilihanraya (JPR) adalah sebuah badan bebas yang dibentuk bagi mengendalikan Pilihanraya PERMAI bagi setiap sesi. 
  1. Anggota Jawatankuasa Pilihanraya tidak dibenarkan mencalonkan atau dicalonkan serta mengemukakan sokongan terhadap sesuatu pencalonan. 
  2. Anggota Jawatankuasa Pilihanraya hanya berhak mengundi sahaja. 
  3. Anggota Jawatankuasa Pilihanraya tidak dibenarkan berkempen untuk calon sama sekali. 
  4. Anggota Jawatankuasa Pilihanraya berhak meminda tempat dan masa pengundian sekiranya terdapat permasalahan berbangkit berdasarkan kesesuaian keadaan.
  5. Sebarang peraturan dan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pilihanraya adalah muktamad setelah disahkan oleh Pengarah dan Setiausaha JPR.