[ Proses Hari Penamaan Calon ]
Rujuk Peraturan Yang Dilampirkan Bersama Pekeliling Bil 1/2012. Juga Ada Di Sertakan Dibawah.
2.1.2 PENCALONAN INDIVIDU
2.1.2.1 Pencalonan mestilah dijalankan setelah pihak Jawatankuasa Pilihanraya (JPR) mengumumkan senarai nama individu yang layak untuk bertanding dalam Pilihanraya PERMAI.
2.1.2.2 Individu yang layak bertanding hendaklah terdiri daripada mereka yang mendapat sekurang-kurangnya satu pencalonan dalam tempoh Pencalonan Umum yang akan diumumkan oleh pihak JPR.
2.1.2.3 Individu yang hendak bertanding hendaklah berada di dalam negara (Jordan) semasa tempoh pilihanraya atau sekiranya berada di luar negara (Jordan), mestilah dalam tempoh tidak melebihi 20 hari dari tarikh penamaan calon yang bertanding. Beliau juga hendaklah merasakannya dirinya stabil dari segi akademik dan kesihatan.
2.1.2.4 Individu yang hendak bertanding WAJIB menyediakan manifesto untuk pilihanraya.
2.1.2.5 Tiga individu diperlukan dalam proses Pencalonan Individu ini iaitu seorang Calon, seorang Pencadang dan seorang Penyokong.
2.1.2.6 Pencadang adalah individu yang ingin mencadangkan satu nama calon. Pencadang hendaklah terdiri daripada ahli rasmi PERMAI mempunyai baki pengajian sekurang-kurangnya 2 fasal panjang (tidak termasuk fasal soifi) pengajian dari tarikh borang pencalonan dikeluarkan.
2.1.2.7 Penyokong adalah individu yang ingin menyokong cadangan nama calon tersebut. Penyokong hendaklah terdiri daripada ahli rasmi PERMAI mempunyai baki pengajian sekurang-kurangnya 2 fasal panjang (tidak termasuk fasal soifi) pengajian dari tarikh borang pencalonan dikeluarkan.
2.1.2.8 Proses Pencalonan Individu akan dibuat pada Hari Penamaan Calon. Calon yang berhasrat untuk bertanding atau Pencadang boleh mendapatkan Borang Pencalonan Individu daripada JPR pada Hari Penamaan Calon .
2.1.2.9 Borang pencalonan hendaklah diisi dengan lengkap dan dihantar oleh Pencadang bersama dengan Calon tersebut dan Penyokong dilampirkan bersama sebarang dokumen lain yang diperlukan oleh pihak JPR sekiranya ada. Calon yang tiada dalam kawasan dalam tempoh Pencalonan Individu hendaklah menyatakan persetujuan bertulis yang boleh dihantar oleh pencadang.
2.1.2.10 Borang Pencalonan Individu hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada pukul 10.00 malam hari kedua Hari Penamaan Calon, 19 April 2012. Sebarang kelewatan akan menyebabkan borang ditolak serta-merta.
2.1.2.11 Calon yang telah bersetuju untuk bertanding tidak dibenarkan menarik diri kecuali dengan sebab hal-hal mengejut yang tidak dapat dielakkan.
Sekian, Terima kasih.
No comments:
Post a Comment