Thursday, 26 April 2012

[PILIHANRAYA] PUSAT MENGUNDI 27 APRIL 2012

Pusat-pusat mengundi akan mula beroperasi pada jam 8:00 pagi sehingga jam 6:00 petang,
diharapkan agar semua ahli yang layak mengundi dapat bersedia untuk keluar mengundi esok.


PUSAT MENGUNDI SYABAB:
  1. PUSKOM
  2. AQSA 1 (Basement, Rumah No. 3)
  3. SAKAN UMARI (Tingkat 3, No. 25)
  4. PUSTEL

PUSAT MENGUNDI AKHAWAT:
  1. CASA INTELEK
  2. SAKAN SAHAWNEH (Surau Binayah Alif)
  3. SAKAN YARMOUK (Binayah 4 Alif, No.11)
  4. PUSTEL
  5. MALAYSIAN HALL (Tingkat 2, No. 6)
SELAMAT MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB ANDA! 
Undi Anda Penentu Masa Depan PERMAI

[PILIHANRAYA] CARA MELIPAT BORANG UNDIAN

Setelah mengisi Borang Undian, semak sekali lagi dan pastikan segala syarat telah dipatuhi.
Kemudian ikut langkah-langkah mudah berikut untuk melipat Borang Undian anda.


Pastikan anda mengikut cara lipatan di atas, mudah je :) 

[PILIHANRAYA] CONTOH UNDI YANG DITERIMA DAN UNDI ROSAK

Undi anda amat berharga

Sama-sama kita elakkan undi rosak!

[PILIHANRAYA] PROSEDUR PENGUNDIAN

ARAHAN PENGUNDIAN
  1. Setiap pengundi dikehendaki membuat undian 3 orang calon siswa Yarmouk dan 3 orang calon siswa JUST.
  2. Daripada 6 nama yang diundi, pengundi dikehendaki memillih satu nama sahaja bagi menduduki kerusi PRESIDEN.
  3. Seterusnya pengundi dikehendaki membuat undian 3 orang calon siswi Yarmouk dan 3 orang calon siswi JUST.
  4. Daripada 6 nama yang diundi, pengundi dekehendaki memilih satu nama sahaja bagii menduduki kerusi KETUA HELWI.
  5. Gunakan simbol [X] SAHAJA di kotak yang telah disediakan.
  6. Pengundi dikehendaki menulis nama penuh PRESIDEN / KETUA HELWI di ruangan kosong yang telah disediakan.
  7. kegagalan pengundi-pengundi mengikuti arahan-arahan di atas akan menyebabkan undi anda rosak dan tidak akan dikira.
PERINGATAN!!!
PASTIKAN ANDA:
  1. MENDAFTAR DI KAUNTER SEMAKAN PENGUNDI DENGAN MENGGUNAKAN APA-APA DOKUMEN PENGENALAN DIRI YANG DIFIKIRKAN MUNASABAH OLEH JPR.
  2. MENGGUNAKAN BORANG UNDIAN ASLI BERCOP RASMI JPR YANG DIPEROLEH DARIPADA URUSETIA JPR.
  3. MENGGUNAKAN PENSEL YANG DISEDIAKAN OLEH JPR.
  4. MEMENAGKAH DI DALAM KOTAK BERSEBELAHAN NAMA CALON.
  5. MENGGUNAKAN SIMBOL [X] SAHAJA.
  6. MEMANGKAH HANYA 3 CALON SISWA JUST DAN 3 CALON SISWA YARMOUK.
  7. MENULIS NAMA PENUH SALAH SEORANG DARIPADA 6 CALON SISWA YANG TELAH DIPANGKAH DI RUANGAN PRESIDEN.
  8. MEMANGKAH HANYA 3 CALON SISWI JUST DAN 3 CALON SISWI YARMOUK.
  9. MENULIS NAMA PENUH SALAH SEORANG DARIPADA 6 CALON SISWI YANG TELAH DIPANGKAH DI RUANGAN KETUA HELWI.
  10. MENULIS DENGAN TULISAN YANG BOLEH DIFAHAMI ATAU DIBACA.
  11. MELIPAT BORANG UNDIAN SEPERTI YANG DIARAHKAN JPR.
  12. MEMASUKKAN BORANG UNDIAN YANG LENGKAP DIISI KE DALAM PETI UNDI YANG DISEDIAKAN.
Cop JPR PERMAI sesi 12/13

JANGAN SESEKALI:
  1. MEMANGKAH LEBIH ATAU KURANG DARIPADA JUMLAH CALON YANG DIBENARKAN JPR.
  2. MENULIS NAMA CALON SELAIN DARIPADA CALON YANG TELAH DIPANGKAH UNTUK KERUSI PRESIDEN (CALON SISWA) ATAU KETUA HELWI (CALON SISWI).
  3. MENGGUNAKAN TANDA SELAIN SIMBOL [X] DI DALAM PETAK UNDIAN.

[SEMAKAN PUSAT MENGUNDI] SEMAKAN NAMA & PUSAT MENGUNDI PILIHANRAYA PERMAI 12/13

Diminta semua ahli PERMAI yang layak mengundi untuk menyemak nama dan tempat mengundi masing-masing

Jika terdapat sebarang permohonan pertukaran tempat mengundi, sila hubungi Unit Persiapan JPR PERMAI 12/13:



Syabab    : Mohd Alif b. Mohamad-0776991193
Akhawat  : Nur Waheedah Sabaruddin-0775542861



Sila semak nama dan pusat mengundi anda di sini:

Bersedia untuk mengundi!!!

Tuesday, 24 April 2012

[PEKELILING] Bil. 12/2012: PERATURAN & SYARAT-SYARAT PENGUNDIAN DAN PENGIRAAN KEPUTUSAN PENGUNDIAN

Pekeliling 12: Peraturan & Syarat-Syarat Pengundian Dan Pengiraan Keputusan Pengundian 

Sunday, 22 April 2012

[INFO JPR] KEMPEN PILIHANRAYA PERMAI KE-9 2012/2013

Pihak JPR mengalu-alukan semua calon mahupun penyokong untuk berkempen.
Tempoh berkempen bermula pada 12:00am Ahad, 22 April 2012 sehingga 11:59pm Khamis, 26 April 2012.

Pastikan anda mematuhi peraturan kempen yang telah ditetapkan. Selamat berkempen :)

Saturday, 21 April 2012

[ PEKELILING ] Bil. 11/2012 : PENGUMUMAN PENAMAAN CALON RASMI PILIHANRAYA

Bil. 11/2012 : Pengumuman Penamaan Calon Rasmi pilihanraya Pekeliling 11

Friday, 20 April 2012

[Semakan Daftar Pengundi] SEMAKAN AHLI YANG LAYAK MENGUNDI

Merujuk kepada Pekeliling Bil. 6/2012 : Proses Pengemaskinian Pangkalan Data Ahli PERMAI (Perenggan nombor 10, 11 dan 12), maka pihak JPR dengan sukacita membuka peluang untuk ahli menyemak Senarai Daftar Pengundi bagi Pilihanraya PERMAI Kali Ke-9 yang akan berlangsung pada 27 April 2012.

Sila tekan pautan dibawah untuk menyemak status daftar pengundi anda :


Untuk makluman juga, nama-nama yang TIDAK tersenarai di dalam Senarai Daftar Pengundi Pilihanraya PERMAI Kali Ke-9 ini adalah :

1. BUKAN Ahli Rasmi atau Ahli Bersekutu PERMAI termasuklah Ahli Kehormat.

Untuk cara penyemakan, anda bolehlah merujuk seperti gambarajah dibawah :


Sekiranya terdapat aduan kesalahan nama, nama tiada didalam senarai atau apa-apa sahaja yang berkaitan, anda boleh merujuk terus Setiausaha JPR atau Timbalan Setiausaha JPR SELEWAT-LEWATNYA 22 April 2012. Maklumat perhubungan adalah seperti dibawah :

1. Setiausaha

- Muhamad Ideris bin Othman
- 0779669783
- Facebook : Muhamad Ideris
- muhamad_id@yahoo.com

2. Timbalan Setiausaha

- Norashikin Mohd Isa
- 0777853145
- Facebook : Dak ADab
- fiddlercrab9@yahoo.com

Sekian, terima kasih.

'Adil, Cekap & telus'

Pengarah,
Jawatankuasa Pilihanraya PERMAI,
Kali Ke-09 Sesi 12/13.

[ PEKELILING ] Bil. 10/2012 : PENGUMUMAN SENARAI NAMA CALON YANG LAYAK BERTANDING

Bil. 10/2012 : Pengumuman Senarai Nama Calon Yang Layak Bertanding
Pekeliling 10

Wednesday, 18 April 2012

Info Proses Hari Penamaan Calon

[ Proses Hari Penamaan Calon ]

Rujuk Peraturan Yang Dilampirkan Bersama Pekeliling Bil 1/2012. Juga Ada Di Sertakan Dibawah.

2.1.2 PENCALONAN INDIVIDU

2.1.2.1 Pencalonan mestilah dijalankan setelah pihak Jawatankuasa Pilihanraya (JPR) mengumumkan senarai nama individu yang layak untuk bertanding dalam Pilihanraya PERMAI.

2.1.2.2 Individu yang layak bertanding hendaklah terdiri daripada mereka yang mendapat sekurang-kurangnya satu pencalonan dalam tempoh Pencalonan Umum yang akan diumumkan oleh pihak JPR.

2.1.2.3 Individu yang hendak bertanding hendaklah berada di dalam negara (Jordan) semasa tempoh pilihanraya atau sekiranya berada di luar negara (Jordan), mestilah dalam tempoh tidak melebihi 20 hari dari tarikh penamaan calon yang bertanding. Beliau juga hendaklah merasakannya dirinya stabil dari segi akademik dan kesihatan.
2.1.2.4 Individu yang hendak bertanding WAJIB menyediakan manifesto untuk pilihanraya.

2.1.2.5 Tiga individu diperlukan dalam proses Pencalonan Individu ini iaitu seorang Calon, seorang Pencadang dan seorang Penyokong.

2.1.2.6 Pencadang adalah individu yang ingin mencadangkan satu nama calon. Pencadang hendaklah terdiri daripada ahli rasmi PERMAI mempunyai baki pengajian sekurang-kurangnya 2 fasal panjang (tidak termasuk fasal soifi) pengajian dari tarikh borang pencalonan dikeluarkan.

2.1.2.7 Penyokong adalah individu yang ingin menyokong cadangan nama calon tersebut. Penyokong hendaklah terdiri daripada ahli rasmi PERMAI mempunyai baki pengajian sekurang-kurangnya 2 fasal panjang (tidak termasuk fasal soifi) pengajian dari tarikh borang pencalonan dikeluarkan.

2.1.2.8 Proses Pencalonan Individu akan dibuat pada Hari Penamaan Calon. Calon yang berhasrat untuk bertanding atau Pencadang boleh mendapatkan Borang Pencalonan Individu daripada JPR pada Hari Penamaan Calon .

2.1.2.9 Borang pencalonan hendaklah diisi dengan lengkap dan dihantar oleh Pencadang bersama dengan Calon tersebut dan Penyokong dilampirkan bersama sebarang dokumen lain yang diperlukan oleh pihak JPR sekiranya ada. Calon yang tiada dalam kawasan dalam tempoh Pencalonan Individu hendaklah menyatakan persetujuan bertulis yang boleh dihantar oleh pencadang.

2.1.2.10 Borang Pencalonan Individu hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada pukul 10.00 malam hari kedua Hari Penamaan Calon, 19 April 2012. Sebarang kelewatan akan menyebabkan borang ditolak serta-merta.

2.1.2.11 Calon yang telah bersetuju untuk bertanding tidak dibenarkan menarik diri kecuali dengan sebab hal-hal mengejut yang tidak dapat dielakkan.

Sekian, Terima kasih.

Tuesday, 17 April 2012

[ PEKELILING ]Bil. 9/2012 : PEMBETULAN SENARAI NAMA CALON UMUM YANG LAYAK KE PENCALONAN INDIVIDU

Bil. 9/2012: Pembetulan Senarai Nama Calon Umum Yang layak Ke Pencalonan Individu

Pekeliling 09

[ PEKELILING ] Bil. 8/2012 : PERUBAHAN TEMPAT BAGI KAUNTER BORANG PENCALONAN INDIVIDU

Bil. 8/2012 : Perubahan Tempat Bagi Kaunter Borang Pencalonan Individu

Pekeliling 08

[PEKELILING] Bil. 7/2012: PENGUMUMAN SENARAI NAMA CALON UMUM YANG LAYAK KE PENCALONAN INDIVIDU

Pekeliling 07

Saturday, 14 April 2012

[PEKELILING] Bil. 6/2012: PROSES PENGEMASKINIAN PANGKALAN DATA AHLI PERMAI

Bil. 6/2012: Proses Pengemaskinian Pangkalan Data Ahli PERMAI
Pekeliling 6/2012

[PEKELILING] Bil. 4/2012 & 5/2012: PEMBETULAN SENARAI NAMA

Bil.4/2012: Penarikan Kelayakan
Pekeliling bil.4/2012


Bil. 5/2012: Penambahan Nama
Pekeliling bil.5/2012


[PEKELILING] Bil. 1/2012: PENGUMUMAN SISTEM BARU PILIHANRAYA PERMAI & 2/2012: PENCALONAN UMUM AHLI-AHLI MAJLIS TERTINGGI PERMAI SESI 2012/2013

[INFO JPR] PROSES KUTIPAN SEMULA BORANG PENCALONAN UMUM

  • Borang Pencalonan Umum akan dikutip bermula hari ini, 14 April 2012 sehingga selewat-lewatnya pada pukul 10:00 malam Ahad, 15 April 2012.
  • Sila rujuk Peraturan & Syarat-Syarat Pilihanraya, Fasal 2 ceraian 2.1.1.8 (Lampiran A kepada Pekeliling Bilangan 1/2012)
Wakil-wakil JPR untuk proses kutipan:

SISWA: 
-Mohd Danial Mohd Razali
-Muhamad Ideris Othman
-Tuan Ahmad Zulkarnain
-Mohd Mukhlis Mohd Nasri

SISWI:

(Anda dikehendaki untuk menghantar borang pencalonan kepada wakil-wakil berikut mengikut kawasan yang ditetapkan):


[Sakan Yarmouk, Sakan Dani, dan Sakan Sahawneh]
Nur Waheedah binti Sabarudin
Sakan Kuning
0775542861


Syahidatul Kamilin binti Amirudin
Sakan Kuning
0775542847


[Hijazi, Bab Syamali, dan sekitarnya]
Norashikin binti Mohd Isa
Plaza Home 12 bersebelahan Supermarket Simsimah
0777853145


Nurwahidah binti Abdul Rashid
Tingkat 3 bersebelahan Bab al-Wad dan Mannar Tibb
0775220685


[Zam-zam, Masjid Tal, Athar Irbid, dan sekitarnya]
Fatin Hamidah binti Mustafa
Tingkat 6, Imarah Farouk, Athar Irbid


[Duwar Qubbah, Malaysian Hall, Athar Irbid, dan sekitarnya]
Siti mariam binti Mohd Wadzir
Belakang Bank Iskan, Duwar Qubbah
0776770546


Noor Farahhannan binti Abdullah
Tingkat 3, Bangunan bersebelahan Markaz BaitulMaqdis (kanan)
0775220153


Norfarihin binti Md Halim
Malaysian Hall
0779170691

[PEKELILING] Bil. 3/2012: PENANGGUHAN WAKTU AKHIR PROSES EDARAN

Bil. 3/2012: Penangguhan Waktu Akhir Proses Edaran
Pekeliling 3/2012

Friday, 13 April 2012

[INFO JPR] BAHAN EDARAN KALI KE-1

Urusetia sedang bertungkus-lumus menyediakan bahan edaran
Pastikan RUMAH anda menerima SATU salinan rasmi dokumen-dokumen berikut:

  1. Surat Pekeliling Pilihanraya Bilangan 1/2012
  2. Lampiran kepada Surat Pekeliling Pilihanraya Bilangan 1/2012
  3. Surat Pekeliling Pilihanraya Bilangan 2/2012
  4. Borang Pencalonan Siswa ATAU Borang Pencalonan Siswi
  5. Senarai Nama Siswa Yang Layak Mencalon & Dicalonkan
  6. Senarai Nama Siswi Yang Layak Mencalon & Dicalonkan
Setiap INDIVIDU ahli rasmi PERMAI yang layak mencalonkan akan menerima Borang Pencalonan Siswa bagi syabab ATAU Borang Pencalonan Siswi bagi akhawat.

Borang Pencalonan Umum yang siap diisi akan mula dikutip pada hari Sabtu, 14 April 2012.

"Adil, Cekap & Telus"

Pengarah,
Jawatankuasa Pilihanraya Permai,
Kali ke-9 Sesi 12/13


Pekeliling Bil.1/2012 & 2/2012
Bahan Edaran 01 A


Senarai Nama Siswa & Siswi
Bahan Edaran 01 B

Thursday, 12 April 2012

[INFO JPR] EDARAN PEKELILING PILIHANRAYA & BORANG PENCALONAN UMUM

1. Pekeliling Pilihanraya dan Borang Pencalunan Umum akan diedarka seawal-awalnya malam ini (12 April 2012) dan selewat-lewatnya sebelum 11:00 malam esok (13 April 2012, Jumaat).


2. Semua ahli yang layak mencalonkan dan dicalonkan (iaitu individu yang terdiri daripada ahli rasmi PERMAI dan mempunyai baki pengajian sekurang-kurangnya dua semester panjang pengajian dari tarikh borang pencalonan dikeluarkan) akan mendapat Borang Pencalonan Umum.


3. Sekiranya anda baru sahaja berpindah rumah dan merasakan maklumat kediaman anda sukar didapati, maka anda bolehlah menghubungi Unit Edaran JPR untuk urusan mendapatkan Borang Pencalonan Umum pada waktu edaran yang ditetapkan diatas.


Unit Edaran JPR:

  • Mukhlis Nasri (0779525341)
  • Syahidatul Kamilin Amirudin (0775542847)

"Adil, Cekap, & Telus"

Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya PERMAI
Kali ke-9 2012/2013

[TAKWIM] PROSES PILIHANRAYA PERMAI


[INFO JPR] ORGANISASI JAWATANKUASA PILIHANRAYA PERMAI 2012/2013

Pengarah
Mohd Danial bin Mohd Razali @Busu

Timbalan Pengarah
Noor Farahhannan binti Abdullah

Setiausaha
Muhamad Ideris bin Othman

Timbalan Setiausaha
Norashikin binti Mohd Isa

Bendahari
Tuan Ahmad Zulkarnain bin Tuan Abd Rahman

Timbalan Bendahari
Fatin Hamidah binti Mustafa

Unit Pengurusan Calon
Muhammad Mustafa bin Kamarudin
Norfarihin binti Md Halim

Unit Strategi Dan Saraf
Afdholul Rahman bin Che Ani
Nurwahidah Abdul Rashid

Unit Persiapan
Mohd Alif bin Mohamad
Nur Waheedah binti Sabaruddin

Unit Multimedia Dan Publisiti
Khairul Anuar bin Saad
Siti Mariam binti Mohd Wadzir

Unit Edaran
Mukhlis Nasri
Syahidatul Kamilin binti Amir

Saturday, 31 March 2012

Ciri Pemimpin Mahasiswa Hebat


Ramai mahasiswa boleh menjadi pemimpin tetapi tidak semua mahasiswa boleh menjadi pemimpin yang hebat. Untuk menjadi pemimpin perlu ada minat dan ketokohan yang semula jadi di dalam diri. Pemimpin yang baik tidak muncul secara tiba - tiba tetapi ia bermula daripada ketokohan untuk menjadi pemimpin dan dipilih oleh orang ramai untuk memimpin. Sebenarnya, terdapat beberapa tips tentang ciri - ciri pemimpin yang baik.

1. Ada Visi

Mahasiswa perlu ada visi. Anda tahu ke mana arah anda. Anda dapat melihat dari anda 5 hingga 10 tahun yang akan datang. Anda boleh meramalkan perkara yang akan anda lakukan dan anda berjaya melakukannya apabila masanya tiba. Anda juga dapat merancang hala tuju yang munasaah yang tidak dilihat oleh orang lain. Anda juga dapat meyakinkan orang lain tentang visi anda. Anda dapat menjangka apa yang akan berlaku bukannya menerangkan apa yang telah berlaku.

2. Berilmu

Mahasiswa yang berilmu pengetahuan adalah lebih kehadapan daripada mereka yang kurang mempunyai ilmu pengetahuan. Pelajar yang rajin membaca dan berilmu merupakan pelajar yang bijak di dalam berbincang, berbahas dan bersoal jawab. Mereka lebih berpengatahuan maka mereka tahu perkara yang mereka buat, mereka tahu bagaimana untuk menangani masalah dan mereka tahu menggunakan pelbagai strategi untuk melakukan sesuatu.

3. Ada Kesungguhan

Mahasiswa mempunyai fokus yang mendalam. Minatnya yang mendalam terhadap sesuatu membuatkan dia mudah untuk mencapai matlamat. Mereka memberi tumpuan yang sangat mendalam terhadap apa yang mereka ceburi. Mereka tidak lalai dan leka terhadap sesuatu yang mereka minati. Dia bukan hanya meminati tetapi melakukannya bersungguh - sungguh. Dia melakukannya dengan sepenuh hatinya sehingga selesai. Kesungguhannya untuk melakukan sesuatu sehingga berjaya akan membuatkan dia merasa puas.

4. Ada Karisma

Personalitinya sangat dikagumi. Melihat kepada wajah, cara gaya dia berhujah, luahan kata- kata membuatkan pelajar lain terpesona. Pelajar ini mudah membina hubungan dengan orang lain dan mudah untuk mempengaruhi mereka. Dia mempunyai faktor - x yang tidak dapat dijelasan dengan kata - kata. Faktor - x iniliah yang membuatkan pelajar lain memberi sokongan terhadapnya.

5. Dapat Berkomunikasi Secara Berkesan
'
Mahasiwa  ini boleh berbahas, berhujah dan berpidato. Kata - katanya memukau dan mudah mematahkan hujah - hujah orang lain. Kata - katanya masuk akal dan sukar untuk menidakkan katanya. Dia dapat mempengaruhi orang lain dengan mudah. Kata - katanya yang penuh semangat, berhikmah dan ligik membuat pelajar lain yakin dan mudah menjadi pengikutnya.

6. Ada Istiqamah

Mahasiwa  ini mempunyai impian, cita - cita dan matlamat untuk dicapai. Mereka sanggup melalui onak dan duri. Mereka tahan uji dan tidak pernah berputus asa. Matlamatnyaialah untuk mencapai hasrat yang diingini. Mereka tidak mudah kalah. Mereka etap istiqamah dalam apa keadaan sekalipun. Mereka berdisiplin terhadap diri dan peraturan.

7. Keberanian

Pemimpin yang tulin ialah pemimpin yang telah melalui pelbagai pancaroba. Dia berani ditinggalkan oleh kawan - kawan, dia berani dicemuh dan dihina, dia berani menerima risiko malah berani untuk tidak popular. Keberanian itu membuatkan dia kebal terhadap segala rintangan dan halangan. Menjadikan hatinyya besi dan jiwanya jati.


Di salin dan diolah untuk kesesuaian JPR dari
http://ubksyarodz.blogspot.com/2012/02/ciri-pemimpin-yang-hebat.html

Friday, 30 March 2012

Siapa Itu Pemimpin?


Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di dalam suatu pertubuhan. Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan adalah kewujudan pemimpin yang berada dalam organisasi yang mempunyai struktur yang tersendiri dengan mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan. Pencapaian yang cemerlang di dalam sesuatu organisasi memerlukan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti yang di rancang oleh pemimpin bagi mendorong pengikutnya meningkat tekat dan keazaman ke arah kecemerlangan organisasi tersebut. Oleh itu, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi bergantung besar kepada kepintaran seseorang pemimpin. Sebagai contoh, seseorang yang membawa beg plastik semasa berkunjung ke pasar terpaksa membimbit dengan bijak agar tidak ada satu barang pun yang dibeli tercicir, beg plastik seperti suatu organisasi ataupun pekerja-pekerja di bawah pangawasan seorang pemimpin.

Kemahiran memimpin merupakan sesuatu yang boleh di pertingkatkan dari masa ke masa.Kemahiran bekerjasama amat di tekankan di dalam sesebuah organisasi bagi mencapai kecemerlangan.Sebagai seorang pemimpin, mungkin mereka mampu memberi arahan kepada orang lain tetapi adakah pengarahan ini di patuhi oleh orang yang menerima arahan.Di dalam masyarakan negara ini terutama masyarakat melayu, konsep malu alah boleh di gunakan untuk mendapatkan kerjasama daripada pekerjanya.Apabila di berikan perhatian yang sewajarnya kepada mereka , mereka akan berasa silu untuk tidak patuh kepada arahan begitu juga dengan pemimpin,mereka akan berasa berat untuk tidak memberi kerjasama apabila telah di perlakukan baik kepadanya.Oleh yang demikian, seseorang pemimpin perlulah mewujudkan sikap bekerjasama dengan pekerja di dalam suatu organisasi bagi mencapai kecemerlangan.

Selain itu, kemahiran melihat masa hadapan juga perlu kepada seseorang pemimpin dalam memainkan peranan utama bagi mencapai kejayaan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan.Pemimpin biasanya akan lebih selesa dengan suasana yang sedia ada tetapi sesuatu yang baru tidak akan wujud sekiranya seseorang pemimpin itu gagal melihat masa hadapan.Kemahiran inilah yang membezakan antara pemimpin yang berjaya atau tidak.Dengan melihat masa hadapan,pemimpin dapat meletakkan harapan yang mungkin hanya akan berlaku selepas beliau tiada lagi tetapi laluan ke arah itu dilakukan semasa beliau memimpin organisasi tersebut.Keadaan ini dapat disaksikan bagaimana Allahyarham Mat Saman telah membina tali air di Kedah.Pendek kata,pemimpin perlu mempunyai keupayaan mendahului zamannya,caranya ialah dengan mempertajamkan kemahiran melihat masa hadapan.

Dalam menjayakan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan, seseorang pemimpin itu juga mestilah berpengetahuan. Daripada pengetahuanlah himpunan ilmu akan terikat untuk dipindahkan kepada pekerja-pekerja.Sebagai contoh,seseorang perlulah mengetahui tentang teknologi kerana ia merupakan sesuatu yang penting.Ramai yang beranggapan apabila kita membicarakan tentang teknologi,kita akan merujuk kepada teknologi semata-mata tetapi seseorang pemimpin perlu mempunyai pengetahuan tentang teknologi dalam erti kata beliau memiliki teknologi yang boleh membantu didalam mempercepatkan kerja dan memberi keberkesanan terhadap kerja didalam organisasinya.Dari sinilah beliau akan di tanggapi sebagai pemimpin yang berkebolehan dalam melakukan kerja-kerja yang biasanya memakan masa yang lama berbanding dengan pengurus-pengurus yang lain.Oleh yang demikian,apabila seseorang pemimpin mempunyai pengetahuan , beliau boleh menghayati sesuatu kerja dengan penuh penjelasan tentang perilaku melakukannya bukan semata-mata mampu melakukan kerja-kerja konpleks untuk pekerja-pekerja melakukannya.

Selain itu,untuk merealisasikan kecemerlangan di dalam sesuatu organisasi,seseorang pemimpin itu perlu memberi dorongan kepada pekerjanya. Dalam konteks ini,dorongan merupakan usaha untuk memupuk pekerja melakukan kerja dengan cara terbaik.Gelagat yang ada pada pekerja boleh di kesan dan di kenalpasti oleh pemimpin dan dari situlah dorongan perlu di serap ke dalam sanubari mereka.Sebagai contoh,beberapa model yang di kemukakan oleh Abraham H Maslow iaitu seorang sarjana barat boleh di sesuaikan dengan kerangka penerapan dorongan kepada pekerja mengikut keadaan,masa dan suasana. Tingkat kehendak Maslow meletakkan manusia sebagai makluk yang mempunyai peringkat tertentu dan ia di mulakan dari peringkat fisiologi, jaminan, gangguan, penghormatan dan peringkat tertinggi adalah pencapaian hasrat hati.Oleh demikian,model tingkat kehendak Maslow boleh digunakan dengan baik untuk tujuan memberi dorongan kepada pekerja.Dari struktur kehendak ini biasanya pekerja akan cuba memenuhi kehendak terbawah dahulu dan naik setingkat demi setingkat bagi merealisasikan kecemerlangan organisasi tersebut.

Pada kesimpulannya,untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi seorang pemimpin perlu mempunyai nilai dan etika di mana ia perlu merumus,memperjelas dan menghayati budaya kerja di dalam organisasi.Pemimpin itu juga mesti peka bagi menjadi teladan kepada ahlinya dan memperkukuhkan amalan dan budaya kerja cemerlang.Justeru itu, panduan nilai dan etika perlu di rangka bagi pemimpin tersebut supaya dapat membawa organisasinya ke arah mencapai matlamat kecemerlangan yang di inginkan.Sesungguhnya,pemimpin memainkan peranan utama dalam pengurusan organisasi untuk mencapai matlamat dalam erti kata sebenarnya.Kepimpinan merupakan unsur dalaman dan kerohanian merupakan faktor utama yang menyenpurnakan faktor-faktor lain ke arah mencapai matlamat kecemerlangan organisasi.Terdapat juga kajian yang pernah dilakukan mengenai aspek-aspek kepimpinan dan pretasi organisasi[1].Akhir kata,kejayaan kecemerlangan organisasi bergantung kepada pemimpin yang menyelia dan memberi perkhidmatan yang berkualiti dan menerapkan nilai-nilai murni di dalam organisasi.

Sumber : Wikipedia